Bahasa Dusun: Warisan Budaya yang Perlu Dipertahankan
Bahasa Dusun merupakan salah satu bahasa asli yang kaya dengan sejarah dan budaya, namun kini kurang diketahui dan digunakan secara meluas. Laman ini diwujudkan khusus untuk memperkasakan Bahasa Dusun sebagai bahasa ibunda yang amat berharga dan perlu dipelihara sebagai warisan nenek moyang kita.
Selain Bahasa Dusun, terdapat juga bahasa-bahasa asli lain seperti Bahasa Kadazan dan pelbagai dialek tempatan yang mempunyai nilai budaya tersendiri. Walaupun begitu, tumpuan utama laman ini adalah kepada Bahasa Dusun sebagai usaha pertama memperkukuh pemahaman dan penggunaannya. Bahasa Kadazan dan bahasa tempatan yang lain juga akan dimasukkan dalam laman ini nanti tetapi semuanya dalam proses, dan ianya bergantung kepada sokongan anda.
Mempertahankan dan memartabatkan Bahasa Dusun bukan sahaja penting untuk menjaga identiti komuniti, tetapi juga sebagai satu cara menghargai dan meneruskan legasi budaya yang unik daripada generasi ke generasi.